Sunday, 2 December 2012

tiada apa yang dapat kunyatakan kecuali kenyataan berikut:

sudah terang lagi bersuluh, tiada apa yang dapat dikongsi kecuali topik-topik lama yang andaikata ia barang lama dikilang kain (tompat den kojo), sudah tentu ia tertanam dengan tebalnya habuk-habuk sisa kapas (siyesli memang kena 'gali' sikit baru nampak barang apa).

demi menampakkan yang topik ini berilmiah bak tajuk diatas, adalah baik den repost kenyataan den di facebook;

"terdapat perbezaan antara angan-angan, impian dan kenyataan. berikut merupakan contoh;

contoh 1
angan2 - bercuti ke tempat2 tertentu di dalam dan luar negara.
impian - menjelajah dunia.
kenyataan - tidak kemana-mana.

contoh 2
angan2 - berkahwin dengan si dia.
impian -  tak kisah dengan sesiapa yang sudi.
kenyataan - tiada yang sudi."

plus bonus untuk anda yang singgah disini, keterangan tambahan mengenai kenyataan diatas.

kepada sesiapa yang mengatakan 'angan-angan' dan 'impian' padahal mempunyai maksud yang sama, bukanlah niat dihati ingin berbalah mengenai maksud, jauh sekali merombak semula kamus dewan.

(pendapat sendiri, sila bangkang dalam hati kalau tak setuju) dari segi penggunaan perkataan itu sendiri, 'angan-angan' seringkali digunakan untuk menggambarkan angan-angan (? confused), buah fikiran yang mengarut, tiada pucuk pangkal, bersifat lagha, bla bla bla. pendek kata hal yang "cite sini abih sini la ek", kate shuib dalam sebuah movie. setuju?

'impian', (contoh) "ah, impianku ingin membuka butik sendiri sudah tercapai". buah fikiran yang disuntikkan keazaman, ditanamkan semangat, diiringi usaha untuk mencapainya. lebih bersifat realistik. betul?

angan-angan - superbike paling power, paling laju, paling cantik, paling gempak.

impian - yamaha v-max.

bercerita mengenai angan-angan dan impian saja takkan habis kalau tak disedarkan dengan kenyataan dan seperti yang diketahui umum, kenyataan kadang-kala sangat kejam. bila kita tersedar akan kenyataan, laksana kaca dihempas ke batu, berkecai. macam kena tumbuk, pedih. selalu saja insan-insan yang baru tersedar ini pantas mengatakan tak ingin berangan lagi, tak mungkin bermimpi lagi. so,

kenyataan - yamaha fz150i

apakan daya manusia, telah ditakdirkan angan-angan dan impian ini bersifat seperti air. dipijak berombak seketika, lalu tenang semula. kalau kaca tu (memang tak wujud) yang jenis dah pecah boleh cantum semula tanpa retak.

angan-angan - buat blog gempak semua pelawat bersorak sambil baca segala post yang ada.

impian - buat blog ilmiah lagi bermanfaat.

kenyataan - tulis benda merepek tadak input langsung.

dan sekarang aku tersedar, post ni dari awal memang tak berilmiah langsung seperti yang didakwa.

oleh itu, kbai.

0 komen: