Thursday 13 December 2012

trip ride solo; semenanjung Malaysia.


Assalamualaikum,

dimulakan dengan bismillah,
nak dijadikan cerita, den nak ngabihkan quota cuti tahunan yang masih berbaki pada hujung bulan ni.
so tiba2 terfikir nak jadikan ride solo pusing semenanjung sebagai aktiviti cuti kali ni.

pengalaman tak bape ade. just ride balik kampung je la.

kuantan-mersing, 3jam dengan lagenda 110z.
aku orang mersing. dulu blaja kat kuantan. so ride 3jam tu dah biasa sangat.

banting-kuantan, then esok lusa balik banting. 7jam dengan lagenda jugak. beberapa kali jugak.
masa ni aku wat siji bwi kat banting. pegi kuantan nak setel urusan diploma aku.

banting-kuantan-mersing, 10jam. lalu karak singgah kuantan jap, sambung balik mersing. pun dengan lagenda.
yg ni sekali je. last sebab aku abih blaja kat banting nu.

mersing-nilai-kl-kuantan-mersing. ni bape lame aku tak tau. 3hari kot sebab singgah tidur rumah sedare yg mane2 ade.
mersing ke nilai tu makan 6jam+ gak sebab aku termasuk batu pahat. patut dari kluang trus masuk highway ikut ayer itam.
tapi masa tu aku taktau.
yang ni masa aku nak interview kat nilai. naik kl rumah kakak. shoot kuantan lepak umah membe. then balik mersing.
masih dengan lagenda aku tu.

mersing-nilai, 5jam+. yang ni dah potong sejam sebab aku dah tau exit ayer itam tu.
yg ni jadi rutin aku untuk dalam setahun sebab dah keje kat nilai.

sekarang dah ada fz150i. masih dengan rutin nilai-mersing-nilai.
tapi one way 4jam+ je. penah skali aku rempit balik mersing, 3jam40minit gitu la.

semua trip diatas memang takde plan punya. redah je. kelengkapan pun redah, aku ada baju ujan mhr dari aku duk kuantan tu sampai ke banting. pastu dah bocor, aku bedal baju ujan corak askar 10inggit kot bapak aku beli. lama jugak, dekat setahun.

kadaan moto pun redah. just servis 4t dgn rantai je. bawah seat ade la set spanar yg dapat skali ngan motor tu, plus spanar 17 ngan 19 buat ketat rantai. pastu ada minyak super (macam minyak singer mesen jahit tu) untuk rantai. pastu abih, aku bubuh minyak itam pulak.


jadinya, sekarang ni aku nak try plan sket2 perjalanan aku ni supaya lebih menjamin keselamatan dan keselesaan semasa menunggang.


yg aku ada sekarang, sweater reject shop biasa2 aje. baju ujan arai. sluar jeans cikelon by hari2. kasut jalan cap camel (bukan yg tapak tebal tu), helmet arai khi free gift beli fz. glove racing boy. face mask cap alpinestar.
untuk moto aku ade masterfcs je. lain stendet. tayar blakang michelin sporty saiz 100. depan masih kenda.
dan google maps serta gps powered by android.

pengetahuan dalam repairing n maintenance moto; servis minyak itam, tuka plug, tanggal coverset, string rantai, dengan cuci motor bagi kilat.

bajet tak kira pasal ada 10k dalam akaun.

ini kira kickstart untuk aku. kalau aku dapat menjayakan trip ini dengan jayanya, buley le aku start jelajah luar negara pulak.

aku ni gagap orangnye. pemalu pulak tu. so aku nak buat siri penjelajahan sebagai pembuktian yang orang gagap dan pemalu ni tak semestinye duduk rumah je.

*aku tak pandai nak selit smiley dalam tulisan aku. so aku bubuh banyak2 kat bawah ni                    

 Marah weapon6 confuse animation2 Rock! Kuciwa Cepat! Makyeh Cintah Ngntuk Ayam Tengkorak Hang doa Lips Sealed Muntah Tipon Jap Grrrrr Syaiton Syaiton Pekak
**bajet tu tipu je. kalau betul ada 10k, baik buat blanja kawin seyh.

Sunday 2 December 2012

tiada apa yang dapat kunyatakan kecuali kenyataan berikut:

sudah terang lagi bersuluh, tiada apa yang dapat dikongsi kecuali topik-topik lama yang andaikata ia barang lama dikilang kain (tompat den kojo), sudah tentu ia tertanam dengan tebalnya habuk-habuk sisa kapas (siyesli memang kena 'gali' sikit baru nampak barang apa).

demi menampakkan yang topik ini berilmiah bak tajuk diatas, adalah baik den repost kenyataan den di facebook;

"terdapat perbezaan antara angan-angan, impian dan kenyataan. berikut merupakan contoh;

contoh 1
angan2 - bercuti ke tempat2 tertentu di dalam dan luar negara.
impian - menjelajah dunia.
kenyataan - tidak kemana-mana.

contoh 2
angan2 - berkahwin dengan si dia.
impian -  tak kisah dengan sesiapa yang sudi.
kenyataan - tiada yang sudi."

plus bonus untuk anda yang singgah disini, keterangan tambahan mengenai kenyataan diatas.

kepada sesiapa yang mengatakan 'angan-angan' dan 'impian' padahal mempunyai maksud yang sama, bukanlah niat dihati ingin berbalah mengenai maksud, jauh sekali merombak semula kamus dewan.

(pendapat sendiri, sila bangkang dalam hati kalau tak setuju) dari segi penggunaan perkataan itu sendiri, 'angan-angan' seringkali digunakan untuk menggambarkan angan-angan (? confused), buah fikiran yang mengarut, tiada pucuk pangkal, bersifat lagha, bla bla bla. pendek kata hal yang "cite sini abih sini la ek", kate shuib dalam sebuah movie. setuju?

'impian', (contoh) "ah, impianku ingin membuka butik sendiri sudah tercapai". buah fikiran yang disuntikkan keazaman, ditanamkan semangat, diiringi usaha untuk mencapainya. lebih bersifat realistik. betul?

angan-angan - superbike paling power, paling laju, paling cantik, paling gempak.

impian - yamaha v-max.

bercerita mengenai angan-angan dan impian saja takkan habis kalau tak disedarkan dengan kenyataan dan seperti yang diketahui umum, kenyataan kadang-kala sangat kejam. bila kita tersedar akan kenyataan, laksana kaca dihempas ke batu, berkecai. macam kena tumbuk, pedih. selalu saja insan-insan yang baru tersedar ini pantas mengatakan tak ingin berangan lagi, tak mungkin bermimpi lagi. so,

kenyataan - yamaha fz150i

apakan daya manusia, telah ditakdirkan angan-angan dan impian ini bersifat seperti air. dipijak berombak seketika, lalu tenang semula. kalau kaca tu (memang tak wujud) yang jenis dah pecah boleh cantum semula tanpa retak.

angan-angan - buat blog gempak semua pelawat bersorak sambil baca segala post yang ada.

impian - buat blog ilmiah lagi bermanfaat.

kenyataan - tulis benda merepek tadak input langsung.

dan sekarang aku tersedar, post ni dari awal memang tak berilmiah langsung seperti yang didakwa.

oleh itu, kbai.

Sunday 20 February 2011

aku takkan berubah kerane si dia.


melihatkan anak burung yang sedang membesar memberanikan diri terjun dari sarang untuk terbang kali pertama, menjadikan aku seorang pemikir untuk beberapa ketika; adekah haiwan homoioterma bersayap itu memikirkan tentang risiko dan nasib dirinya kalau kalau cubaan tu tak menjadi? tinggi gila kot pokok tu.

kalau dah burung tu memang la takde rasa gayat kan. tapi kalaw dalam konteks manusia ni, boleh ke dibuang perasaan gayat tu? atau lebih tepat, perasaan risau tentang risiko dalam sesuatu perkara.

sedikit mengenai burung:
merupakan haiwan berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. mempunyai tulang yang ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. mempunyai paruh yang berbeza bentuk dan saiz untuk jenis berlainan. kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. adelah dipercayai berevolusi daripada reptilia (dinasor la kot) yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekor dan sayap haiwan tersebut. ciri-ciri utama burung adalah seperti berikut :

badan dilitupi oleh bulu pelepah
mempunyai paruh dan tidak bergigi
mempunyai sisik pada kakinya
menyimpan iPad dalam beg galas nye.
dan PSP 2kseries terselit di poket belakang jeans beliau.

aarghhhh!!!
apasal cerita palas burung plak ni?

aku kecewa dengan diri aku sendiri.

terpaksa menahan naluri sendiri, atas sebab sebab peribadi. yang takkan aku cerita disini.

kisah sang burung menjadi inspirasi, aku akan berubah sebentar lagi. menjadi kamen rider yang disegani.

tak ingin aku begini, malu dengan kebolehan sendiri.


mujur aku dikurniakan kesedaran, semua ni adalah ketentuan Allah yang maha mengetahui. aku percaya Allah telah menyediakan perancangan yang terbaik, dan hasil yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah. tetapkan lah hatiku untuk terus berjuang dijalanMu...

Sunday 2 January 2011

biarlah aku begini

stelah sebulan, akhirnye saye berkesempatan merayau-rayau di sekitar nilai.

sabtu 1haribulan1 2011.
harini saye cuti. public holiday la katekan. sebagai public commitee, saye berhak untuk bercuti.
nak dijadikan cerita kali ini; sbenanye sejak mula-mula sampai di nilai ni saye dah mula tercari-cari, dimanekah mesjid? haritu dah la hujan lebat. ingatkan nak singgah mesjid barang seketika menunaikan solat zohor sambil menunggu hujan reda. pusing punya pusing, jadi pening. (err.. maksud saye pusing-pusing bandar). pening memikirkan kewujudan mesjid disekitar bandar. orang dok kate ''mesjid nilai tu besar kot''. tapi manenye? adekah benar-benar wujud, atau sekadar dongengan?
nak dijadikan cerita ni lagi best, sampai ke kuala lumpur saye mencari. akhirnye sampai di masjid olimpik. punye la jauh pejalanan, hanye dalam misi mencari masjid. boleh dijadikan siri baru dalam memoir diri.

ha, tadi tu smua flashback dari perjalan episod lepas-lepas. tak perlu dicari episod tersebut sebab ianye sekadar cebisan dari diari perjalan yang tertulis di minda.

dan kalau nak dijadikan cerita lagi, harini (1hb1 2011) saye skali lagi pusing-pusing bandar. kali ni lebih santai. ride rilek-rilek 60km/j je. tengok-tengok kawasan giant, ''ooo, ni name dia 9avenue rupenye'', ''sini kalau nak jalan-jalan, ramai-ramai layan aa'' ''eh, ade butik samsung lah. canggihnye'', ''peh, awek cun siot'', lebih kurang aku bermonolog.

akhirnye, ternampak kubah keemasan dicelah-celah bangunan. 'laa, situ je rupenye masjidnye. punye la jauh aku pusing'' kate saye lagi.
apasal la dibuat masjid tu ujung-ujung dunia macam tu. ''mungkin nak bagi budak-budak uia tu senang nak berjemaah'', abih tu orang lain bia susah la? untuk pendatang-pendatang baru macam saye ni memang payah la nak cari. tu dia signboard bukan main kecik lagi. tu pun dah nampak kubah baru nampak signboard. dah le depan tu bangunan nursing college. orang kalau dah lalu depan tu mesti nak tengok awek-awek an. dengan kedudukan yang terpencil macam tu memang tambah payah le nak jumpe. sape la yang approve pelan susun atur bandar ni.

ala, dah ngantuk. sambung lain kali lah. Bersambung...

Sunday 19 December 2010

perjalan mencari perubahan sambungan siri lepas



bukan main lame daa nak sambung crita. orang pegi panggung tu, sarikate eh ape benda yang tulis tulis name pengarah pelakon dah lain lain tu yang beberape minit tu pun dah malas nak tengok. siap orang yang jage dia punya projektor tu pun trus tutup je.

inikan pula berminggu-minggu. ini pun saye macam dah malas nak crita. maklum sajelah kan, cerita hal membe kantoi koreng idung dalam klas pastu selet kat meja membe yang lain yang smalam punya crita pun 2 hari je tahan. lepas tu klua crita baru lagi panas pulak kan. cerita diri sendiri kantoi makan biskut adik di bulan ramadhan 12tahun lepas pulak yang teringat lalu havoc ketawe sorang diri. saye pun dah tak ingat kejadian sepanjang perjalanan ituhari.

dipendekken cerita, bermulalah ride pertama saye ke nilai, negeri sembilan.


lagi nak diringkaskan, saye yang sedang riding di jalan jemaluang menuju ke sri pantai pun lalu membelok ke kanan di trefik light mersing kechil.
mengambil simpang kanan kedua ke jalan haji haron.
turn left at jalan haji haron, turn left toward jalan mersing, turn right at jalan mersing, turn right at jalan hospital, turn around to my mom's house. (skip je tulisan merah ni)
make sampailah saye di kluang, johor. ye kawan kawan, masih lagi di johor. take five (walaupun hampir stengah jam lepak) dan refuel di shell kluang.
perjalanan stakat sejam camtu memang tak rase la. tapi tunggu slepas ini, memang cirit buih la sape yang tak biase jalan jauh naek moto ni.

meneruskan perjalanan ke batu pahat. refueling was no needed pasal dari kluang ke batu pahat tu lebih kurang 50km gitu gitu la kot. ride punye ride, terfikir, "kat highway ni kang ade ke stesen minyak dekat dekat? dibuatnye jauh jauh, tak memasal menolak plak nanti."
so, jalan depan sket jumpe petronas. bedal je la .pasal saye biase isi RON97 shell punya. macam orang la kan. hari hari minum coke aje, tiba-tiba terminum teh la pulak. mau berbuih idung klua gas kan. haa....

waktu: tak tengok jam. anggaran pkul4++.
masa ni saye dah sampai di ayer keroh. macam biasa la take five (lagi nak cover konon brenti 5minit) dan refuel. sampai sini saye dah risau takut takde signboard ke rembau. senang crita, saye msj la kawan yang rumahnye bakal saye tumpangi yang di rembau tu. dalam 5minit dia rply,
"abg tau ayg sygkn abg..dotdotdot".
waahhh. ni memang gurau kasar ni. saye punya la takut sesat, slambe dia salah anta msj la pulak. tapi dia ni memang slalu buat kesilapan macam ni. yelah, tengah feeling msj awek kan, tiba-tiba msj kita pulak menyampuk, mau tak tesampuk membe tu.
dah dia pun rply gitu gaye, saye pun ikut hati je la. chow.

nak dijadikan cerita, tengkuk saye dah lenguh ni. maklumlah menaip sambil meniarap. maka tertangguh lagi la nampaknye story of my own journey yang cambest ni. tu pun kalaw laen kali saye rase nak cerita lagi pasal ni.

"boring la fan crita kau",komen diri saye sendiri....
kompom lepas ni buat cerita lain plak...

berikut disertakan
google maps yang menunjukkan jarak dan laluan yang saye tempuhi tempohari.

sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.