Thursday, 13 December 2012

trip ride solo; semenanjung Malaysia.


Assalamualaikum,

dimulakan dengan bismillah,
nak dijadikan cerita, den nak ngabihkan quota cuti tahunan yang masih berbaki pada hujung bulan ni.
so tiba2 terfikir nak jadikan ride solo pusing semenanjung sebagai aktiviti cuti kali ni.

pengalaman tak bape ade. just ride balik kampung je la.

kuantan-mersing, 3jam dengan lagenda 110z.
aku orang mersing. dulu blaja kat kuantan. so ride 3jam tu dah biasa sangat.

banting-kuantan, then esok lusa balik banting. 7jam dengan lagenda jugak. beberapa kali jugak.
masa ni aku wat siji bwi kat banting. pegi kuantan nak setel urusan diploma aku.

banting-kuantan-mersing, 10jam. lalu karak singgah kuantan jap, sambung balik mersing. pun dengan lagenda.
yg ni sekali je. last sebab aku abih blaja kat banting nu.

mersing-nilai-kl-kuantan-mersing. ni bape lame aku tak tau. 3hari kot sebab singgah tidur rumah sedare yg mane2 ade.
mersing ke nilai tu makan 6jam+ gak sebab aku termasuk batu pahat. patut dari kluang trus masuk highway ikut ayer itam.
tapi masa tu aku taktau.
yang ni masa aku nak interview kat nilai. naik kl rumah kakak. shoot kuantan lepak umah membe. then balik mersing.
masih dengan lagenda aku tu.

mersing-nilai, 5jam+. yang ni dah potong sejam sebab aku dah tau exit ayer itam tu.
yg ni jadi rutin aku untuk dalam setahun sebab dah keje kat nilai.

sekarang dah ada fz150i. masih dengan rutin nilai-mersing-nilai.
tapi one way 4jam+ je. penah skali aku rempit balik mersing, 3jam40minit gitu la.

semua trip diatas memang takde plan punya. redah je. kelengkapan pun redah, aku ada baju ujan mhr dari aku duk kuantan tu sampai ke banting. pastu dah bocor, aku bedal baju ujan corak askar 10inggit kot bapak aku beli. lama jugak, dekat setahun.

kadaan moto pun redah. just servis 4t dgn rantai je. bawah seat ade la set spanar yg dapat skali ngan motor tu, plus spanar 17 ngan 19 buat ketat rantai. pastu ada minyak super (macam minyak singer mesen jahit tu) untuk rantai. pastu abih, aku bubuh minyak itam pulak.


jadinya, sekarang ni aku nak try plan sket2 perjalanan aku ni supaya lebih menjamin keselamatan dan keselesaan semasa menunggang.


yg aku ada sekarang, sweater reject shop biasa2 aje. baju ujan arai. sluar jeans cikelon by hari2. kasut jalan cap camel (bukan yg tapak tebal tu), helmet arai khi free gift beli fz. glove racing boy. face mask cap alpinestar.
untuk moto aku ade masterfcs je. lain stendet. tayar blakang michelin sporty saiz 100. depan masih kenda.
dan google maps serta gps powered by android.

pengetahuan dalam repairing n maintenance moto; servis minyak itam, tuka plug, tanggal coverset, string rantai, dengan cuci motor bagi kilat.

bajet tak kira pasal ada 10k dalam akaun.

ini kira kickstart untuk aku. kalau aku dapat menjayakan trip ini dengan jayanya, buley le aku start jelajah luar negara pulak.

aku ni gagap orangnye. pemalu pulak tu. so aku nak buat siri penjelajahan sebagai pembuktian yang orang gagap dan pemalu ni tak semestinye duduk rumah je.

*aku tak pandai nak selit smiley dalam tulisan aku. so aku bubuh banyak2 kat bawah ni                    

 Marah weapon6 confuse animation2 Rock! Kuciwa Cepat! Makyeh Cintah Ngntuk Ayam Tengkorak Hang doa Lips Sealed Muntah Tipon Jap Grrrrr Syaiton Syaiton Pekak
**bajet tu tipu je. kalau betul ada 10k, baik buat blanja kawin seyh.

0 komen: